Selasa, 11 Januari 2011

Playlist Lagu MP3 untuk blogger

ok buat temen2 yang pengen ngasi lagu di blognya neh w kasi trik jitu dijamin manjur dah ok langsung ajj...
pertama2 kita masuk ke alamat http://www.mixpod.com/create-playlist.php 
Panduan bagaimana menyediakan playlist lagu MP3:

1. Lagu-lagu kegemaran dalam fail MP3 hendaklah disediakan terlebih dahulu dan disimpan dalam komputer sendiri.

2. Hoskan fail-fail MP3 lagu itu semua dalam mana-mana MP3 file hosting. Google cari dalam internet free mp3 file hosting ada banyak laman web yang menyediakan servis ini dengan percuma. Jangan lupa catatkan alamat URL pautan setiap satu fail MP3 lagu yang dihos.


2.1 Lebih selamat menggunakan hos fail MP3 di Google Sites, ikut panduan Hos Fail MP3 Di Google Sites.

3. Cipta playlist lagu:

3.1 Buka laman web Mixpod.com. Dalam bahagian menu di sebelah atas klik pilih Create Playlist seperti berikut:

 
3.2 Berikutnya muka Create A Music Playlist akan dibuka. Bawah menu Add Music klik pilih Add URL seperti berikut: 

 
3.3 Dalam muka Add URL berikutnya:

3.3.1 URL: paste atau taip masukkan alamat URL pautan fail MP3 dari file hosting di para 2 atau 2.1 di atas.
3.3.2 Artist: taip nama artis dalam ruangan ini.
3.3.3 Title: taip masukkan nama lagu dalam ruangan ini.
3.3.4 kemudian klik Add Track:
 
3.3.5 Ambil Perhatian jika fail MP3 dihoskan di Google Sites - dalam alamat URL pautan yang diberi ada tambahan kod ?attredirects=0&d=1 di hujung nama fail MP3. Hapuskan (delete) lebihan kod ?attredirects=0&d=1 ini seperti contoh di bawah. Jika tidak dihapuskan Add Track dalam Mixpod tidak akan berfungsi:

http://sites.google.com/site/calipsoworld/home/calipso-channels/GaryMoore-StillGotTheBlues.mp3?attredirects=0&d=1

jadi begini:

http://sites.google.com/site/calipsoworld/home/calipso-channels/GaryMoore-StillGotTheBlues.mp3

3.4 Jika berjaya selepas klik Add Track fail MP3 lagu akan tersenarai dalam ruangan New Playlist di sebelah kanan:
 
 
 



3.5 Ulang semula proses dari para 3.2 hingga 3.4 untuk masukkan fail MP3 lagu-lagu yang lain pula sehingga selesai semua lagu dimasukkan (maksudnya lebih dari satu lagu boleh dimuatkan dalam satu Playlist.

3.6 Setelah selesai masukkan alamat URL pautan hos semua fail MP3 lagu, klik pilih tab 2. Customize:
 3.6.1 Skrin gambar-gambar Player Skin akan dibuka seperti di bawah. Pilih dan klik satu skin yang disukai:

3.7 Seterusnya klik pilih tab menu 3. Save Playlist.

3.7.1 Play list Title: taip masukkan tajuk playlist
3.7.2 Playlist Description: taip masukkan deskripsi untuk playlist jika ada, tinggalkan kosong jika tiada.
3.7.3 Genres:  pilih tiga (3) genre lagu dalam senarai yang diberi jika perlu.
3.7.4 Categories: pilih tiga (3) kategori lagu dalam senarai yang diberi jika perlu.
3.7.5 Tags: taip masukkan tag lagu jika perlu atau tinggalkan kosong.
3.7.6 akhirnya klik SAVE (Get Code):
 
udah itu kita akan login atau daftar dulu selamat mencoba bray... ^_^
 




0 komentar:

Posting Komentar